SIJIL PENGAJIAN AL-QURAN
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
LATAR BELAKANG
Kursus jangka pendek Sijil Pengajian al-Qur'an (SPAQ) anjuran Kursus Pengajian al-Quran & al-Sunnah (KPQS), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya mula diperkenalkan pada September 2001. Kursus ini menggabungkan tiga elemen penting yang mendasari pengajian al-Qur'an iaitu kemahiran tajwid dan tilawah al-Qur'an serta tarannum (lagu-lagu al-Qur'an), bahasa al-Qur'an dan ilmu-ilmu al-Qur'an. Setelah beroperasi hingga kini, kursus ini telah berjaya menarik minat masyarakat Islam mendalami ilmu-ilmu al-Qur'an yang bersifat semasa di samping menguasai kemahiran tilawah al-Qur'an serta bahasa Arab sebagai bahasa pengantar al-Qur'an.
OBJEKTIF
Kursus ini diperkenalkan kepada masyarakat awam bertujuan untuk menyebarkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kitab suci al-Qur'an kepada mereka. Antara objektif utama kursus ini :
- Membimbing masyarakat awam membaca al Qur'an dengan betul (tartil).
- Mendedahkan mereka kepada kefahaman sebenar tentang isi-isi kandungan al-Qur'an khususnya hukum-hakam yang
terkandung di dalamnya.
- Mengajar dan membimbing mereka bagaimana mempraktikkan segala perintah terkandung di dalam al-Qur'an.
- Menjadikan mereka cintakan al-Qur'an serta meletakkannya sebagai dustur(perlembagaan)hidup sepanjang hayat.
ANJURAN
Sijil ini dianjurkan oleh Kursus Pengajian al-Quran & al-Sunnah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.
TEMPAT, TEMPOH & WAKTU PEMBELAJARAN
- Tempat : Bilik Seminar & Dewan Kuliah
- Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi (SABTU)
- Tempoh : 4 Modul
: (1 Modul = 4 Bulan)
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
- Warganegara Malaysia.
- Minimum Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)atau setaraf dengannya.
STRUKTUR PROGRAM
- Sijil Penyertaan - Peserta perlu menghadiri kelas sebanyak 80% untuk melayakkan diri untuk mendapatkan sijil penyertaan.
- Sijil Kelulusan - Peserta perlu lulus (markah lulus 40)dalam peperiksaan bagi kesemua subjek yang ditawarkan. 80% kehadiran perlu untuk melayakkan diri untuk menduduki peperiksaan.
KEMUDAHAN
Peserta dibekalkan dengan beberapa kertas kerja yang berkaitan dengan mata pelajaran kursus yang ditawarkan.
YURAN
Yuran kursus bagi setiap modul ialah RM 300.00 sahaja. Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan jika peserta gagal mengikuti kursus atau apa jua sebab kecuali kursus dibatalkan oleh pihak penganjur.