SIJIL PENGAJIAN AL-QURAN
(SPAQ)

Kursus ini menggabungkan tiga elemen penting yang mendasari pengajian al-Quran iaitu kemahiran tajwid dan tilawah al-Quran serta tarannum (lagu-lagu al-Quran), bahasa al-Quran dan ilmu-ilmu al-Quran.
SIJIL PENGAJIAN AL-HADITH
(SPAH)

Kursus ini mendedahkan kepada masyarakat Islam mengenai kaedah memahami hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w. Membiasakan masyarakat Islam dengan kitab-kitab hadith muktabar. Meningkatkan kefahaman masyarakat Islam terhadap hadith-hadith nabi seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan mereka seharian.

SIJIL BAHASA ARAB
(SBA)

Mendedahkan kepada para pelajar kaedah-kaedah penting dalam bahasa Arab seperti kaedah nahw dan sarf. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membaca dan menulis dalam bahasa Arab serta meningkatkan kemahiran pelajar dalam mendengar dan berkomunikasi dalam bahasa Arab.

KURSUS TALAQQI BERSANAD
(KuTAB)

Menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam pembelajaran Al-Quran. Memberi peluang kepada masyarakat awam belajar Al-Quran secara talaqqi dan musyafahah. Pembelajaran Al-Quran dimasa lampau adalah di rumah, masjid dan madrasah. Namun kini ia diadakan diuniversiti. Perkembangan ini sesuai dengan tuntutan zaman.

MAKLUMAT TERKINI